Friday 9 December 2011

PANTUN NASIHAT

Pantun nasihat merupakan kata-kata seloka berkias yang berunsur nasihat. Ianya boleh dijadikan panduan dalam kehidupan kita seharian. Marilah adik-adik membacanya agar dapat dijadikan iktibar dan pegangan dalam menjalani kehidupan seharian. Marilah membaca............
PANTUN NASIHAT

Thursday 8 December 2011

PANTUN TEKA-TEKI

Cuba adik-adik luangkan sedikit masa untuk menguji minda dengan menjawab soalan teka-teki di bawah ini .. Selamat mencuba
Pantun Teka-Teki

Wednesday 30 November 2011

BANDINGAN SEMACAM

Apa itu bandingan semacam? Bandingan semacam adalah membuat perbandingan antara sifat seseorang, sesuatu benda atau perkara dengan benda, perkara atau orang lain yang mempunyai sifat hampir sama atau semacam.Di bawah ini ada banyak contoh bandingan semacam yang diberikan. Diakhir contoh pula ada latihan yang boleh dibuat untuk menguji pemahaman adik-adik. Selamat mencuba .............


Perbandingan Semacam

Monday 28 November 2011

KATA GANDA

1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan
sama ada sebahagian atau seluruhnya.
2. Kata ganda terdiri daripada:
a. kata ganda seluruh
b. kata ganda semu
c. kata ganda separa
d. kata ganda berima
e. kata ganda berimbuhan

Kata Ganda

Friday 18 November 2011

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan digunakan dengan kata nama dalam ayat. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda, tempat, hal, perkara atau manusia mengikut rupa, saiz dan bentuknya. Penjodoh bilangan mesti dibubuh selepas kata bilangan dan sebelum kata nama yang mengikutnya.
Penjodoh Bilangan

Tuesday 15 November 2011

VIDEO SIMPULAN BAHASA

Tontonlah video Simpulan Bahasa di bawah ini agar adik-adik dapat memahaminya dengan lebih baik lagi. Selamat menonton semua .......

SIMPULAN BAHASA

Simpulan Bahasa ialah sususan kata ringkas dan membawa makna yang tertentu. Simpulan Bahasa timbul hasil daripada beberapa sebab. Antaranya ialah:
a. pemerhatian orang-orang dahulu terhadap benda-benda yang ada dalam kehidupan mereka
b. kepercayaan kepada sesuatu kuasa luar biasa
c. daripada pertuturan biasa

Di bawah ini, ada saya berikan beberapa contoh Simpulan Bahasa yang boleh dijadikan rujukan. Selepas itu, cuba adik-adik senaraikan Simpulan Bahasa yang lain sebagai latihan. Selamat mencuba........

Simpulan Bahasa

Wednesday 9 November 2011

CERITA TELADAN

Tontonlah cerita di bawah ini. Cubalah adik-adik senaraikan nlai-nilai murni yang terdapat dalam cerita ini. Selepas itu, buatlah satu ulasan nilai murni mengenainya. Selamat mencuba .........

JOM NYANYI BERSAMA ....

Sudah penat belajar dan membaca? Jom kita nyanyi bersama-sama lagu yang ada dalam video ini. Selamat menyanyi ....

Tuesday 8 November 2011

ANTONIM

Antonim ialah kata yang berlawanan maksudnya. Antonim ialah perhubungan di antara kata-kata yang menunjukkan unsur keberlawanan makna atau pertentangan makna.
Di bawah ini, ada saya berikan beberapa contoh antonim yang boleh adik-adik gunakan sebagai rujukan dan latihan. Selamat membaca ya...
Antonim

PERIBAHASA

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Di bawah ini terdapat beberapa himpunan peribahasa yang boleh adik-adik jadikan rujukan. Selamat membaca ...PERIBAHASA

Tuesday 18 October 2011

CONTOH SOALAN PENULISAN (KERTAS 2)

Di bawah ini terdapat beberapa set soalan kertas 2 yang boleh adik-adik gunakan untuk membuat latihan. Selamat mencuba....
contoh soalan penulisan

Friday 14 October 2011

KECACATAN BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA

Adik-adik, kecacatan bukanlah penghalang untuk individu itu berjaya. Lihatlah gambar di bawah ini. Murid-murid ini mengalami masalah penglihatan, tetapi mereka tetap tekun dan telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR yang lalu.
gambar teknik menjawab

Tuesday 11 October 2011

CONTOH-CONTOH ULASAN

Di bawah ini terdapat hampir 100 contoh soalan ulasan yang boleh adik-adik buat sebagai latihan. Malah ia juga boleh dijadikan rujukan untuk membina karangan dan menambah perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu. Selamat membaca semua .......
Ulasan

Wednesday 5 October 2011

SEKAPUR SIRIH ....

Assalamualaikum..... Ini adalah kali pertama saya membina laman blog. Bagi tugasan KRT3013 ini,saya telah memilih untuk membina blog mengenai cara-cara untuk menjawab soalan Bahasa Melayu. Oleh itu, saya namakan blog saya ini sebagai Cemerlang Bahasa Melayu (UPSR). Bahan yang dilampirkan adalah hasil dari pengalaman saya mengajar teknik menjawab soalan untuk pelajar di sekolah saya. Diharap maklumat yang ada di dalam blog saya ini dapat dikongsi bersama dan dapat membantu guru-guru lain untuk berkongsi idea. InsyaAllah akan saya tambahkan lagi pelbagai maklumat mengikut perkembangan semasa. Sekian...

SELAMAT MENCUBA, KUIZ BAHASA MELAYU

Untuk menambahkan pemahaman dan pengetahuan, adik-adik perlu membuat latihan. Di sini terdapat banyak kategori soalan yang adik boleh buat dan baca. Cubalah .....
Kuiz Bahasa Melayu

BAHASA MELAYU KERTAS 2

Adakah adik-adik tahu cara dan teknik untuk menjawab soalan kertas 2? Cubalah adik-adik baca dan fahami apa yang telah saya sediakan. Ia akan membantu adik-adik untuk lebih faham bagaimana untuk menjawab soalan dengan lebih baik lagi. Bacalah dan fahami ia .......
BAHASA MELAYU KERTAS 2

Tuesday 4 October 2011

BAHASA MELAYU KERTAS 1

Soalan pemahaman memang nampak mudah. Tapi tahukah adik-adik ianya akan menjadi susah jika pilihan jawapan yang diberi adalah hampir-hampir sahaja. Jadi gunakalanlah tips yang diberi di bawah ini untuk adik-adik jadikan panduan ketika menjawab soalan.Selamat mencuba semua ......
Bahasa Melayu Kertas 1

Monday 3 October 2011

HIMPUNAN MUTIARA KATA


HIMPUNAN MUTIARA KATA
“Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya” ~ Hamba Allah
“Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur” ~ Hamba Allah
“Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.”
“Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”
“Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.” ~ Albert Camus
“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”
“Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”
“Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”
“Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.”
“Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.” ~ Cecil B. DeMille
“Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.”
“Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu.” ~ Aflatun
“Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.”
“Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”
“Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal.”
“Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.”
“Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.”
“Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.”
“Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.”
“Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.”
“Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.”
“Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.”
“Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.”
“Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.”

RESEPI KEK : USAHA KEJAYAAN


RESEPI KEK USAHA KEJAYAAN

BAHAN-BAHAN
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia (boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
8 sudu teh Rasa tanggungjawab
200 gm Senyum secukup rasa

CARA-CARA
1.      Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sebati.
2.      Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan menjadi lembut.
3.      Setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia.
4.      Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.
5.      Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur.
6.      Hiaslah dengan senyum yang menawan.
7.      Kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

Makluman:
Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, SYABAS kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakannya dengan baik.